-->
jangan cakap baca je

8 Nov 2012

Hangout.

안녕하세요. 내 블로그에 오신 것을 환영합니다!  
Haa tak paham kan tak paham kan? Meh lah aku translate. Bahasa korea yang aku tulis tu maksud dia, Annyeonghaseyo or Hello. Welcome to my blog ! (google translate, 2012) Haa tu jee.

Tapi, kenapa aku tulis pasal ni? K sukati aku lah~ Haha takdelah. Ekceli semalam aku keluar dengan member aku then kami pergi ke Seoul Garden. Kkkk bukan taman permainan k but tempat makan. Korean style gituu. And it was my first time pergi situ. Agak noob jugak lah kan. So malas nak cakap banyak aku share gambar je k.


 sup kimchi
 masih kosong~

 Wuuu~ kasi penuh ....

 Tgk lah sampai hangus kami kerjakan~

 Kenyangggg ~~


Most fav !!

 This is maisarah :)

 Mai and Nina :*
 This is nina :)
 Lepas dah berjaya menggemukkan diri kami pergi pula menguruskan diri. Tapi tak kurus jugakk .. Bowling time !
 Siapakah ini ?

 Lu dah kelongkang buat-buat tak tau pulak

 Biadap, main golek-golek bola je pon boleh strike ! 

 Semua tak sampai 100, so takde pun yang hebat mana~ Hahaha

 This pillow sangat cuteeeee ! Nak beli tapi takdak duit :(

So, tu jelah yang mampu aku share. Credit to nina bawak aku pergi makan situ. And for sure next time pergi lagi. Bawak jijat pulak :3 

I think enuff is enuff, gua dah ngantuk. So adios amigossssss ~~










semput dah menaip oleh Cik Puan Korna pada pukul 08:27 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 Nov 2012

Alhamdulillah.

This heart is for you ....
Assalamualaikum readers. Tak jawab dosa, jawab gatal. Hahahaha ayat iz sh0oo0oo0 cliche yu know. Ni kebiasaannya digunakan oleh kanak-kanak yang baru nak up plus wempitzz. Eww. K aku bukan nak cerita pasal mat wempitz or dak-dak agas kepee *duckface* puii fak yu. But aku nak kongsi rasa gembira aku atas ulangtahun perkahwinan aku dan Ejat yang ke 5 tahun. Lame kan lame kan. Hahahahahaha k tipu je, belum kahwin pun :p Anniversary yang ke 5 tahun. Alhamdulillah, aku berdoa kehadrat Ilahi supaya Dia memanjangkan jodoh kami sehingga ke jinjang pelamin sehinggal ke anak cucu cicit lepas tu cicit dapat anak lagi, anak dia dapat anak lagi ...senang cerita sampai mati lah :)

Setiap tahun, tarikh 1 November akan ku tunggu-tunggu kerana tarikh tu ialah tarikh yang paling istimewa selain tarikh lahir aku and tarikh aku dapat masuk UiTM. K motif? to be continue .. lol

Saya masih ingat masa mula-mula kita kenal dulu :) masa awak mula nak usha saya, saya tak layan sebab saya dah ada boyfriend time tu. Tapi lepas saya clash dengan laki tu, camane ntah kan kita boleh contact balik. Sampailah sekarang. Saya ingat jugak lagi first date kita. Time tu kita form 2, agas jugaklah hahaha dating dekat marrybrown, makan burger MB, hahaha kelakar sangat. Tapi tu semua kenangan saya dengan awak. Kita pernah beli kasut sekolah sama. Masa tu kita form 3 :) saya suka sangat kasut tu sebab sama dengan awak.

Saya masih ingat jugak macam mana kita dulu nak keluar sama, naik bas. Awak naik bas dari rumah awak, jumpa saya dekat bus stop dekat dengan rumah saya lepastu kita naik bas sama-sama pergi bandar. Bila nak balik, saya turun dulu dekat kipmart tampoi tu, awak lambai saya dari dalam bas. Sweet sangat awak. Memang budak-budak bando betul kan. Tapi sekarang awak dah ada kereta, kita dating naik kereta je. Bila tengok budak-budak date dalam bas, mesti kita teringat zaman kita dulu :')

Dalam perhubungan, kalau dah ada suka pasti ada duka kan wak. Ye, kita pun macam pasangan lain. Gaduh tu perkara biasa. Tipulah kalau bercouple tu, tak pernah langsung bergaduh. Kau couple dengan pokok ke? Choi. Tapi saya respect sangat dekat awak sebab biasanya dalam perhubungan, lelaki yang selalu buat masalah. Tapi kita terbalik. Saya yang selalu timbulkan masalah, saya yang selalu buat awak marah, saya yang selalu mulakan pergaduhan, saya yang lebih ego dari awak, saya tak pandai nak pujuk awak. Kalau awak marah, saya akan marah balik. Tak tahu kenapa tapi aku tak boleh :( Saya tak pandai pujuk awak kalau awak marah or merajuk. Tapi bila saya, pandai je awak pujuk. Walaupun saya kengkadang marah lelama *even pasal benda remeh pun* awak tetap akan pujuk saya. Kalau saya? Sorry babai broo kan? Kejam kan saya. Ye saya tahu :( Tapi yang kejam ni lah awak tetap sayang, tetap suka, tetap cinta. Thanks awak :)

Even sehari sebelum anniversary kita pun kita gaduh. Pasal siapa? Tentulah saya. Saya salah, saya tak fikir dalam sesuatu yang saya buat. Maafkan saya. Masa otw pergi bandar pun saya nangis. Saya malu, tapi saya tak tahan. Air mata menyesali apa yang saya dah buat kat awak. Biar saya buang air mata tak guna tu. Tapi awak baik, awak cakap jangan menangis but tu lah yang buat saya makin nak nangis wak. But thank God, kita dah okay sekarang. Sebab apa? Sebab awak lah. Awak masih nak maafkan saya even ni kali ke berapa saya sakitkan awak. Terima kasih awak :))

Saya tak mintak lebih daripada awak, saya dah bahagia dari 5 tahun lepas bila dengan awak tau. Satu je saya harap, saya nak sangat duduk atas pelamin sebelah awak, nak sangat jadi makmum awak, nak sangat jadi orang yang layan awak dekat rumah siapkan makan minum awak and paling penting nak sangat jadi orang yang melayan kerenah budak kecik dekat rumah kita. Yeah, thats our kids :') Selalu doakan impian saya tu ye sayang.

K sumpah dah macam karangan spm doo eventho next week bukan aku yang nak amek spm. Btw, good luck to all candidates. Try to do your best ! Hwaiting !
K back to the story ...

Thanks awak sebab bawak saya keluar tadi, treat me movie walaupun saya tidur dalam wayang sebab cerita Skyfall tu bosan ! blerghh. Saya siap berdengkur, awak yang cakap la hahaha menti awak malu kan? padan muka awak ~(' ',~) (~' ',)~ Thanks belanja saya makan, dua kali makan hahaha kita kan suka makan :D Thanks for everything sayang :)

 Kad yang saya buat ni tak cantik mana pun tapi saya buat ikhlas dari hati awak. Saya tahu saya tak kreatif, even ucapan pun saya tak tulis miahaha *aku takde idea nak tulis apa ekceli* Awak siap cakap "ee ni je? ucapan takde ke?" Hahaha amboi, cukup baik aku buat tau. Babap kang ! hihi


 Awak terima saya seadanya. Terima kasih awak. Terima baik buruk saya :) Terima kasih sebab jaga saya. Cukup awak sorang yang saya nak dalam dunia ni :)


Haa muka sendiri mestilah nak ade miahahaha from taman munsyi with love ~~ haha kononnya nak From Paris with Love ah tuu.

I think thats all for now. Panjang dah rasanya. Bukan ada orang nak baca pun. Sigh ~
byebye lovers x

p/s : aku tukar lagu blog ni semata-mata untuk enrty ni. sweet kan aku miahahaha boooo


semput dah menaip oleh Cik Puan Korna pada pukul 09:28 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

14 Oct 2012

Macam tak percaya :O

Okay first of all assalamualaikum guys. Harini gua nak cerita something yang wow, something yang errr camane ek nak cakap (takyah cakap ah bruh, taip je) K, camane ek nak taip --" Kkkkk, straight to the point. Malam tadi, gua ...aiseh malu nak cakap/taip :P malam tadi gua jumpa Bigbang bruhh ....... dalam mimpi ah tapi ann :| part tu sedih. Kalau jumpa betul-betul takpe ah kan. Actually, teringin gila nak jumpa Bigbang face to face. Mata ke mata, hati ke hati ewahh tapi harapan hanya tinggal harapan. Untung jumpa dalam mimpi daripada tak jumpa dalam mimpi apetah lagi in real kan mihmihmih 

 so betul lah ni. Sebab every night aku akan nyanyi lagu-lagu bigbang plus sebagai peneman tidur. Sebab tu sampai masuk ke dalam mimpi Hahaha :D

But still, kenapa dalam mimpi wuwuwuuu Dalam mimpi tu, kira gua orang bertuah ah boleh naik stage nyanyi sesame diorang hihi Yang tak boleh blah tu GD siap boleh baring atas riba gua bhai miahahahaha tu memang tak boleh blah tapi gua suka XD Rasa macam tak nak bangun je dari tidur tadi, biar lama-lama sikit mimpi tu hihik Ahhh sew0onok cangatt Euw.

 So konklusinya, dengar dan nyanyilah lagu band fevret korang before tidur semoga masuk dalam mimpi korang miahaha gua dah jadi malam tadi. My bigbang aww :*
 Taeyang omellll :*

Baby panda SeugRi :*



LOVE THEM :)


semput dah menaip oleh Cik Puan Korna pada pukul 23:34 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

AHHHH STRESSS !

Assalamualaikum everyone :) Okay sekarang dah pukui 12.39 pagi okay pagi tapi aku dok melaghut menyanyah sesoghang tak ngantuk lagi tak tau lah pasai paa ni haa. Pening dok pikiaq pasai last payper aku hari Rabu depan tu haa. Tapi lagi dok pening pikiaq kenapa aku taip lagu ni eventho takdak lagu pon *bunyik cengkerik* Ketuk-ketuk sikit halkum *ehhh* betul-betulkan sikit urat tekak ni. "cek 1, 2 ,3. 1, 2, 3 cek cekk" Okay. 
     Dalam pada aku luahan hatiku ini, mataku tepat melihat Blok Kayangan yang tersergam indah di atas bukit di Uitm Segamat ini. Ecewahh ayat nak poyo kan hihik Lampu-lampu yang menyinari BK sungguh indah di waktu malam. Tapi bila nak gi kelas kat BK tu maki ajelah kejenye. Mana tak, kalau dah kelas pagi kena menapak naik bukit, memang taklah jawabnya kan. Tapi nak buat camane nak tak nak kena pergi jugak sebab kelas kan. Ilmu tu ilmu. Ilmu tu sangat penting ye, tanpanya, siapalah kita. Amboii Haha k mukadimah dah melencong dari apa yang nak di cerita ni. K back to the main story. This week will be the last week for us UiTM-ers to face our final examination. For me as Sc Maths student, our last paper will be on this coming Wednesday. Nak tau paper ape? Harharhar takyah lah. Nak jugak? Betul? K mengada pulak gua kan :D Calculus II lah. Tak tau Cal tu ape? Ape guna google kan? Haa :) (perenggan ni dah panjang sambung yang baru)
      Hati memang bedebo-debo nak jawab paper Cal ni tapi tak gheti-gheti jugak nak study kan. So tak boleh nak kate ape ah kan. Tapi seriously paper last ni paper paling paling paaaaaaling tough dalam sem 3 sekarang ni. Pastu pulak last paper kan. Dah semangat nak balik kena face to face dengan kau Cal :( Kalau cal senang macam Bel okay aa gak kan. Ni aigoo ammaa appaa lol
2hari lagi nak paper barulah terkial-kial nak study nak cover semua chapter. Cara study mana kau belajar ni Enaa? Bila benda susah kita dah lama tinggal or lama tak buat revision balik, bila tengok je soalan mesti kita macam  

 soalan mende nii? Ade ke kita belajar? Ni macam tak pernah belajar jeee .. Mesti ada punyaa. And bila dah dapat paper masa final nanti,
 acah-acah steady je soalan first second tuu. Tapi masuk soalan belakang-belankang dah menyanyah ni lah jadinya
tenung kertas kalau boleh sampai tembus dengan meja-meja sekali. Toleh kiri toleh kanan berharap pengawas peperiksaan bagi jawapan. Harapan palsu semata-mata ! And at last, ni lah jadinya

tidur kejap kononnya ilham datang laa? Banyak kau punya ilham. Il-hampehhh adalahh -..-"

Biasalah kita ni student biasa-biasa jee. Kalaulah gua ni genius kan :( Dpat soalan je, hah ! Senyum sampai ke tulang tengkuk.

Hai kalaulah kan :/ Ni dah tak pegang title genius tapi still di tangkuk yang lama (ceh ayat) taknak perbaiki kelemahan diri :( 
Bila dah mcm ni, mulalah otak tu ligat berfikiran negativ. Takut fail la, repeat la. Bila dah takut mula lah setan ni masuk dalam kelapa hotakk. Buatpe? Buatpe lagi, adelah tu bawak toyol. Bebudak skrg ni kreatif. Macam-macam boleh buat.
 Bila cara lama tak menjadi, ada cara baru.
Macam ni pun boleh hahaha don't try this at college, but at home can :D Atau mungkin boleh cuba cara ni, 
tapi sure, kalau korang cuba cara Mr. Bean ni, tak lama lah korang dalam dewan pekse tu Hahaha.
Bagi gua, belajar calculus ni tak susah cuma complicated sikit. Kalau dia twisted sikit je ayat dalam soalan dah gelabah tetek nak jawab. Mulalah cakap calculus ni susah, maths ni susah. Tapi memang susah pun. Aih bebual cam keling pun tak boleh gak -.-"
 see, i told yaa

LOL

Huarghh ! :O dah pukul 2pagi. Wow aku amek masa yang lama untuk update entry ni mihmih roomates aku semua dah lena dibuai mimpi. Sebelum wifi cafe ni putus baik aku cecepat habiskan nyanyahan aku ni then publish je. Kang kalau dah putus sia-sia je kan. K nyah-nyah semua, mak berhenti kat sini dulu. Semoga jumpa lagi haha ayat kau nokss. Bye. Good mornight :)  xoxo
 





semput dah menaip oleh Cik Puan Korna pada pukul 11:06 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Singgah sebentar :)

My photo
Cik Puan Korna
jom salam *shake hands* :) Enaa here. I'm 19. Johore. UiTM Segamat. May God bless You :)
View my complete profile

Followers :)

i wish to get those :)

masuk UiTM
own lappy
graduate on time
Blackberry
happy family
nikon/canon DSLR
sweet boyfriend :P
happy with friends
kereta Myvi :D

Hasilnurkilan

  • ▼  12 (10)
    • ▼  Nov (2)
      • Hangout.
      • Alhamdulillah.
    • ►  Oct (3)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (4)
  • ►  11 (43)
    • ►  Dec (6)
    • ►  Nov (9)
    • ►  Oct (21)
    • ►  Sept (7)

I DO LOVE HIM :)
Daisypath Anniversary tickers

BJP <3 :)

Kakak dan adik saya :)

Nina, Aira and Hanis <3

Fana and Tino <3

Meet my Kampung <3
videokeman mp3
Ma Boy – Sistar19 Song Lyrics
terima kasih kerana sudah 'window shopping' blog saya. datang lagi :)
copyright © 2011 Official Fzlna Ahmd™. all rights reserved. Powered by Blogger.